I Fix Solutions ditubuhkan pada tahun 2012. Semenjak itu I Fix Solutions berkembang menjadi syarikat terkemuka dalam menyediakan peralatan IT yang di baik pulih atau refurbished dengan kemampuan setanding produk baharu di pasaran. Kini I Fix Solutions menjadi antara pelopor laptop murah Seremban dan kawasan sekitar. Dengan adanya I Fix Solutions, ia dapat membantu mengurangkan perbelanjaan dalam penggunaan peralatan IT seperti laptop, komputer meja, monitor LCD/LED dan pelbagai peralatan serta aksesori IT yang lain.
Mengapa Ifix Solutions mampu menjual laptop murah Seremban? Ia adalah kerana laptop murah Seremban merupakan laptop baik pulih atau refurbished. Laptops dalam kategori ini tidak boleh dijual dengan harga setanding laptop yang baharu di pasaran. Walaubagaimanapun laptop murah Seremban di I Fix Solutions adalah terjamin kerana setiap laptop refurbished diuji semasa proses membaiki pulih. Bahagian yang rosak sekiranya ada diganti, dibersihkan dan dipulihkan ke keadaan dan prestasi asal sesuai dengan spesifikasi pengeluar asal.
Samada untuk peniaga yang baru mula berniaga, pembelajaran di institusi pengajian tinggi ataupun untuk kegunaan persendirian, setiap pelanggan yang menggunakan laptop murah Seremban daripada I Fix Solutions akan menikmati penjimatan kos yang terbaik, namun dalam masa yang sama tetap boleh menikmati penggunaan laptop murah Seremban yang berkualiti setanding laptop baharu di pasaran.
Selain mempunyai tenaga teknikal dalaman yang terbaik, I Fix Solutions juga mementingkan kualiti barangan yang ingin dijual dengan hanya menjual kembali laptop murah Seremban, dengan jenama terbaik sahaja untuk memudahkan proses penyenggaraan serta mendapatkan alat ganti. Selain menjual laptop murah Seremban, komputer meja dan sebagainya Ifix Slutions juga ada menyediakan perkhidmatan membaik pulih komputer dan pencetak (printer).
Sebagai pengguna, mana satu pilihan anda? Laptop terpakai, yang di baik pulih (refurbished) atau laptop baharu? Bagi menjawab persoalan ini anda perlu faham apakah itu laptop yang dibaik pulih (refurbished), laptop terpakai dan laptop baharu terlebih dahulu. Dengan itu, anda boleh membuat keputusan dengan baik bagi memastikan anda tidak membeli peralatan yang tidak perlu atau tidak mencapai spesifikasi yang anda perlukan.
Laptop baharu adalah laptop yang baharu dikeluarkan daripada kilang, terkini, tidak mengalami sebarang kecacatan samada secara fizikal dan sebagainya, serta mempunyai jaminan daripada pengeluar untuk satu-satu tempoh waktu bagi setiap bahagian penting dalam sesebuah laptop seperti skrin, bateri, storan dalaman, bekalan kuasa dan sebagainya.
Laptop refurbished pula adalah laptop yang mungkin dipulangkan semula kepada penjual ataupun kepada pengeluar sendiri dan di buat pembayaran balik kepada pelanggan disebabkan ia tidak mencapai apa yang diharapkan. Laptop juga mungkin baru sahaja didapati daripada sistem pajakan dan mempunyai kecacatan minimum.
Sebelum ia boleh dijual semula, semua komponen akan diuji dengan teliti dan mana-mana yang mengalami masalah akan dibaiki atau diganti. Ia akan diuji lagi bagi memastikan setiap komponen yang diganti atau dibaiki tadi dapat berfungsi dengan baik. Walaupun prestasinya dan fungsinya sama dengan laptop baharu di pasaran, namun disebabkan proses yang telah dilalui dan terdapat sedikit kecacatan kosmetik yang tidak merencatkan kemampuannya, Ia tetap perlu dijual dengan lebih murah berbanding laptop baharu. Harga jualan adakalanya mampu dikurangkan antara 15 peratus sehingga 30 peratus berbanding dengan harga laptop baharu.
Disebabkan itulah Laptop refurbished tidak boleh dikategorikan sebagai laptop terpakai. Laptop terpakai pula adalah laptop yang mungkin dijual terus oleh pemiliknya sendiri selepas menaik taraf laptop tersebut kepada model yang lebih baik. Penjualan juga mungkin disebabkan ia tidak sesuai untuk menampung keperluan penggunaan yang berubah.
Kekangan modal yang memerlukan tunai segera juga mungkin antara penyebab laptop dijual. Laptop terpakai tidak diuji dengan teliti oleh pasukan teknikal terlatih dan mungkin terdapat satu atau beberapa komponen yang telah merosot fungsinya. Ia selalunya dijual jauh lebih murah berbanding dengan laptop baharu dan laptop refurbished. Jadi antara laptop refurbished seperti mana laptop murah Seremban, laptop baharu ataupun laptop terpakai, yang mana satu akan menjadi pilihan anda? Ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas pastinya membantu anda membuat keputusan dalam pembelian laptop.
Juga berikut beberapa tip pantas yang boleh anda pertimbangkan semasa membeli laptop refurbished seperti laptop murah Seremban.
- Jaminan terhad
Laptop murah Seremban yang anda beli perlulah mempunyai jaminan untuk satu tempoh masa yang mana menunjukkan penjual memberi jaminan terbaik terhadap laptop yang dijual. Jaminan terhad adalah sebagaimana standard terkini, namun ia mungkin hanya pada komponen-komponen tertentu sahaja dan bukan universal. Apa pun, semuanya bergantung kepada pembekal dan mungkin juga bergantung kepada model. Jadi pastikan anda meneliti semua dokumen berkaitan sebelum membuat pembelian.
- Periksa segera laptop sebelum membuat pembayaran.
Papan kekunci, skrin laptop perlulah terlihat seakan-akan baru dan tidak mengalami sebarang kecacatan kosmetik yang ketara. Skrin perlulah kelihatan jelas dan tidak kabur. Selalunya mana-mana bahagian yang mengalami kecacatan kosmetik akan dicatatkan pada deskripsi produk. Namun bukan semua produk mempunyai perincian sebegitu. Pada mana-mana bahagian yang tampak amat tidak sempurna pasti akan mengganggu prestasi kerja anda di kemudian hari. Jadi periksa dengan teliti sebelum membuat sebarang pembayaran.
- Pastikan anda bijak membezakan yang mana laptop baharu, yang mana refurbished laptop dan yang mana laptop terpakai.
Ini terutamanya pada anda yang ingin membeli laptop secara dalam talian. Platform jual beli secara dalam talian hanya membantu menghubungkan pembeli dan penjual. Ada kalanya penjual tidak telus dalam membuat diskripsi produk yang dijual ataupun mempunyai tahap interpretasi yang berbeza-beza. Jadi seeloknya anda berhubung secara terus dengan penjual ataupun dapatkan penjual yang lebih diyakini sekiranya ulasan penjual terdahulu tidak membantu.
Pembelian laptop murah Seremban amat berpatutan dan sangat dipercayai. Setiap deskripsi produk akan dijelaskan dengan sebaik mungkin supaya tidak berlaku sebarang salah faham selepas pembelian. Dengan sokongan pasukan teknikal terbaik laptop murah Seremban terjamin kualitinya. Perkhidmatan selepas pembelian turut ditawarkan bagi memastikan laptop murah Seremban yang anda beli kekal optimum bagi membantu anda melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan cekap dan efisien.Sebarang maklumat lanjut layari laman sesawang I Fix Solutions di ifixsolutions.my. Dengan kepakaran yang ditunjukkan dalam produk mereka, I Fix Solutions pasti akan menjadi prioriti anda pada masa hadapan dalam melakukan pembelian peralatan dan aksesori IT anda. Pastinya laptop murah Seremban, setanding laptop baharu dan terkini di pasaran.