Buka Potensi Anda dengan Program Internship untuk pelajar dari bidang Sains Komputer & Teknologi Maklumat.

Adakah anda sedang dalam pencarian PC dan Laptop murah? Mesti anda nak cari harga serendah mungkin, bukan? Kalau jawapan anda ya, I Fix Solutions (M) SDN BHD sememangnya pilihan terbaik buat anda! Kedai komputer di Seremban ini adalah untuk memudahkan urusan anda dalam mendapatkan keperluan IT, semuanya di satu tempat!

Setiap pengguna PC pasti pernah mengalami kekecewaan apabila komputer kita tidak berfungsi seperti yang diinginkan. Apabila perkara ini berlaku, mulalah kita berfikir, di mana boleh kita dapatkan servis komputer yang baik… boleh memenuhi keperluan kita… dan pada masa yang sama, mengutamakan kepuasan pelanggan??

Jangan risau! I Fix Solutions sedia berkhidmat untuk anda!

Di kedai ini, anda boleh dapatkan produk-produk pilihan yang berkualiti dan berprestasi pada harga yang lebih murah. Memang sesuailah untuk perniagaan kecil, institusi pembelajaran dan penggunaan peribadi!

I Fix Solutions ini sudah aktif berkhidmat sejak 2012 lagi. Mereka bermatlamat untuk memastikan penyelenggaraan PC anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik! Kedai komputer di Seremban ini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah:

1. Menjual barangan IT yang diperbaharui dengan kualiti tinggi

Pada zaman IT ini, barangan teknologi dah jadi satu keperluan buat kita, tetapi proses pembeliannya bukan mudah. Banyak komitmen dan tolak ansur yang perlu dibuat untuk memastikan pelaburan kita berbaloi. Disebabkan itu, ramai orang yang bulat-bulat mempercayai jenama-jenama yang ternama, walaupun harganya bukan sembarangan! 

Bagaimana sekiranya anda diberitahu bahawa anda ada pilihan lain untuk penjimatan yang lebih tanpa berkompromi??

I Fix Solutions ialah sebuah kedai komputer di Seremban yang menawarkan bermacam-macam jenis barangan IT yang diperbaharui. Bukan itu sahaja, kualiti barangan juga dijamin dan dijual pada harga yang berpatutan!

Dalam kata lainnya, produk di kedai ini diperbaharui dengan menyingkirkan komponen yang rosak dan digantikan dengan komponen baharu.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir. Semua produk di kedai komputer di Seremban ini telah diuji dengan standard yang tinggi dari aspek teknikal dan etika. Baik dari segi kualiti ataupun prestasi, kedai komputer ini berusaha untuk membekalkan produk yang boleh bersaing dengan barangan baharu dari kilang.

Bukan itu sahaja, kedai komputer ini sangat tegas dalam pemilihan barangan yang digunakan. Hanya barangan daripada pengilang-pengilang yang sah dan syarikat berjenama terkemuka sahaja boleh digunakan untuk membina perkakasan di kedai ini.

Semua barangan penyelenggaraan ditapis supaya anda boleh membeli tanpa rasa ragu-ragu. Tiada satupun barangan berstatus luar pembaikan ekonomi boleh dijual kepada pelanggan yang dihormati seperti anda.

Kedai komputer di Seremban ini ada bermacam-macam set perkakas. Ada banyak jenis laptop, desktop dan monitor yang diperbaharui yang anda boleh pilih. Tetapi, anda juga boleh membeli secara berasingan kalau anda hanya perlukan bahagian-bahagian tertentu sahaja. LCD/LED Monitor, produk-produk baharu dan aksesori komputer, semuanya ada! Sememangnya kehendak anda sebagai pelanggan merupakan suatu keutamaan di kedai komputer di Seremban ini. Staf-staf di kedai ini sentiasa sedia untuk bantu anda mencari item sasaran. Jangan malu-malu, kongsikan sahaja idea-idea atau persoalan yang bertaut dalam fikiran anda! Lebih banyak informasi yang anda beri, lebih mudah pembelian anda dapat dilaksanakan.

2. Menjual set gaming baharu dan separa baharu / bina PC sendiri

Sekiranya anda seorang gamer yang tegar, mesti anda akan berminat dengan set gaming baharu atau separa baharu di kedai ini.

Kedai komputer di Seremban ini memahami keinginan gamers seperti anda. Disebabkan itu, kedai ini dengan bangganya mempromosikan komputer-komputer berprestasi tinggi yang boleh memenuhi kemahuan anda. Anda boleh dapatkan berbagai-bagai tawaran yang menarik bagi PC gaming idaman anda!

Nak tahu apa yang lebih menarik lagi? Sejumlah komponen PC berkualiti juga boleh didapati secara berasingan di kedai ini. Jadi, apa tunggu lagi?? Gunakan kreativiti anda dan bina PC khas yang anda impikan pada harga ekonomi!

Anda boleh membuat pembelian hanya dengan 3 langkah mudah:

Pertama, buat pilihan anda. Laman web I Fix Solutions ini dibina dengan penyaring optimum yang super bagi memastikan anda selesa melayari halaman dengan lancar. 

Kedua, hubungi kedai dengan meninggalkan mesej di halaman yang disediakan. Pasukan mereka sedia menawarkan layanan mesra dan informatif sepanjang masa.

Akhir sekali, beli tanpa rasa ragu-ragu. Anda diberi jaminan bahawa semua barangan yang anda beli berada dalam keadaan yang baik seperti yang dijanjikan semasa pembelian dilakukan!

3. Membaiki komputer dan mesin cetak

Sekiranya anda mencari perkhidmatan membaiki komputer atau mesin cetak, sekali lagi, anda dah pun berada di tempat yang betul! 

Kedai komputer di Seremban ini bukan setakat menjual barangan sahaja. Anda juga dialu-alukan untuk membawa barangan elektronik sendiri ke kedai ini, di mana terdapat juruteknik yang berpengalaman dan berkelayakan sedia untuk menyelesaikan masalah anda.

Di I Fix Solutions, pelbagai tawaran menarik dan servis membaiki komputer yang cekap menanti anda pada harga yang sangat menarik!

Hubungi kedai komputer di Seremban ini sekarang dan mereka akan selesaikan apa sahaja masalah berkenaan PC anda, termasuklah penyingkiran virus dan perisian intip, troubleshooting, servis perisian dan perkakasan serta pembekalan bahagian-bahagian elektronik dan aksesori.

Semua maklumat terkini dan persoalan-persoalan berkenaan servis mereka boleh didapati di halaman Facebook mereka. Taip sahaja I Fix Solutions dan anda akan dipaparkan dengan pelbagai pakej yang syok! Untuk respons yang lebih cepat, anda boleh terus ke kedai mereka di alamat No.3835, Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, atau hantar e-mel ke ifixsolutionmy@gmail.com. Segala pertanyaan juga boleh diajukan melalui panggilan, atau mesej menggunakan Whatsapp ke 011-10093835.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

Call us: 011-1009 3835
Hotline: 06-6312430

Email us: ifixsolutionmy@gmail.com

Our Shop Address: No. 3835, Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Copyright 2024 | I-Fix Solutions (M) Sdn Bhd - All rights reserved