Penggunaan laptop second hand Seremban semakin meningkat dari sehari ke sehari. Terima kasih I Fix Solutions yang menyediakan perkhidmatan menjual dan servis selepas jualan laptop second hand Seremban pada harga yang terbaik. Dengan perkhidmatan yang ditawarkan di I Fix Solutions, pengguna tidak ragu-ragu lagi untuk membeli laptop second hand. 

Penggunaan laptop di Malaysia pada masa kini, saban hari semakin meningkat. Dahulu penggunaan laptop mungkin hanya dimonopoli oleh pengguna peringkat dewasa bermula di peringkat institusi pengajian tinggi dan ke atas. Kini, dengan amalan norma baharu disebabkan kehadiran pandemik Covid-19, murid-murid seawal peringkat pra sekolah telah pun diperkenalkan dengan metod pembelajaran secara dalam talian. Disebabkan itu, lebih banyak bilangan keluarga yang memerlukan lebih daripada dua buah laptop dalam satu-satu masa. 

Ramai yang beranggapan pemilihan laptop perlulah yang baharu, sentiasa up to date dan pastinya laptop yang canggih dan pantas. Namun berdasarkan pemerhatian, sekurang-kurangnya RM2500 diperlukan bagi mengikut trend ini. Jadi, bagaimana pula kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai yang semuanya kini bersekolah secara dalam talian akibat perubahan norma kehidupan kesan pandemik Covid-19 ini?

Apa yang pasti dalam tempoh norma baharu ini pemilihan laptop bukan sahaja melihat kepada terkininya laptop tersebut. Namun pemilihan laptop perlulah yang ekonomik, mampu bekerja sebagaimana yang diinginkan oleh penggunanya dan mudah di selenggara sekiranya terdapat kerosakan ataupun terdapat mana-mana bahagian yang ingin di naik taraf. Terkini, dengan pelbagai kepakaran dalam bidang berkaitan, laptop second hand juga mampu mencapai sebagaimana apa yang dapat dilakukan oleh laptop baharu. Di I Fix Solutions anda boleh dapatkan laptop second hand Seremban pada harga yang mampu milik. 

Laptop second hand Seremban di I Fix Solutions adalah laptop second hand yang berkualiti setanding dengan kualiti sesetengah laptop terkini. Setiap laptop second hand Seremban yang dijual di I Fix Solution pastinya laptop second hand daripada jenama-jenama terbaik supaya ia mudah untuk di selenggara dan mempunyai alat ganti yang mudah didapati dengan harga yang berpatutan.  

Bukan sahaja laptop second hand daripada jenama terkenal, di I Fix Solutions laptop second hand Seremban adalah refurbished laptop yang mana, ia telah menjalani beberapa peringkat penambahbaikan berdasarkan prosedur standard operasi teknikal tertentu bagi menjamin kualiti setanding dengan laptop baharu. Setiap proses yang dilakukan dijalankan oleh tenaga kerja I Fix Solutions sendiri yang berkemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

Laptop second hand Seremban di I Fix Solutions yang lebih menumpu kepada refurbished laptop amat sesuai bagi pengguna yang baru berjinak-jinak dengan penggunaan laptop, yang mana hanya menggunakan perisian asas seperti jaringan internet dan Microsoft Office. Walaupun dikategorikan sebagai laptop second hand, namun refurbished laptop prestasinya adalah seumpama laptop baharu. 

Pembelian dan penggunaan laptop second hand Seremban daripada I Fix Solutions dapat mengurangkan penghasilan e-waste ataupun sisa buangan elektronik (electronic waste). Ini secara langsung dapat membantu mengurangkan bahan buangan tidak mesra alam ke persekitaran. Pembelian laptop second hand Seremban juga dapat mengurangkan kos-kos berkaitan perolehan barangan IT bagi sesebuah syarikat dan perniagaan mahupun bagi sesebuah keluarga memandangkan harga bagi seunit laptop keluaran terbaru amat jauh lebih mahal berbanding harga laptop second hand. 

Amalan norma baharu akibat kehadiran pendemik Covid-19 juga turut menyebabkan kadar pengangguran di Malaysia semakin meningkat. Baik pekerja di kalangan bukan profesional mahupun profesional terpaksa diberhentikan kerja akibat majikan yang mengalami kerugian dalam perniagaan, dan tidak mampu menampung kos pembayaran gaji pekerja. Bagi memulakan kehidupan dalam norma baharu ramai di antara mereka ini mencuba nasib mencipta pekerjaan sendiri seperti memulakan perniagaan makanan dan lain-lain barangan keperluan secara dalam talian. 

Dalam situasi gawat ini, pastinya menjadi tarikan utama kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara dalam talian dengan melabur dalam membeli laptop second hand Seremban yang jauh lebih murah berbanding laptop baharu, di I Fix Solutions. Laptop second hand Seremban dengan harga rendah namun dengan kualiti yang sama dengan laptop baharu menjadikan modal perniagaan dapat dilaburkan kepada sektor yang lebih penting seperti pengiklanan serta mendapatkan atau menghasilkan produk perniagaan yang lebih berkualiti. 

Barangan yang dijual juga dapat dijual dengan harga yang lebih murah. ini secara tidak langsung dapat menaikkan tahap kepuasan hati pelanggan yang pastinya akan melakukan pembelian lagi pada masa akan datang. Dengan perkhidmatan cemerlang selepas pembelian laptop second hand Seremban daripada I Fix Solutions, perniagaan baharu anda ini pastinya mampu bertahan lama dan dapat mencapai titik pulangan modal dengan kadar yang segera.      

Jadi mengapa perlu membeli laptop second hand Seremban dengan I Fix Solutions? Sekali lagi ditegaskan I Fix Solutions menawarkan bukan hanya laptop second hand, malah ia juga adalah refurbished laptop. Selain hanya menawarkan laptop dengan jenama terkemuka dunia, kebanyakan laptop di sini adalah laptop selepas tamat tempoh pajakan atau off-lease oleh sesebuah badan korporat ataupun kumpulan syarikat, iaitu dengan tempoh pajakan antara satu hingga lima tahun. 

Secara analoginya, sesebuah syarikat membeli laptop dan mungkin juga gajet-gajet baharu untuk syarikat mereka melalui pajakan untuk tempoh masa mungkin satu hingga lima tahun. Pada akhir pajakan, laptop dan gajet-gajet terbabit akan dipulangkan kembali kepada pembekal. Ia kemudiannya akan diuji, dibersihkan dan dijual semula sebagai laptop dan gajet second hand yang disahkan dan diperakui. Bayangkan laptop yang dahulu penggunaannya dikawal dan sentiasa di selenggara oleh unit IT sesebuah syarikat yang pastinya dalam keadaan yang amat baik, dengan tempoh hayat yang masih lama, anda mampu beli dengan harga laptop second hand yang pastinya jauh lebih murah di I Fix Solutions.  

Terletak di No. 3835, Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban Negeri Sembilan. Anda juga boleh mengikuti mereka di laman sesawang I Fixsolutions.my untuk sebarang informasi lanjut. I Fix Solutions pastinya sebuah penyelesaian untuk cara hidup norma baharu anda.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

Call us: 011-1009 3835
Hotline: 06-6312430

Email us: ifixsolutionmy@gmail.com

Our Shop Address: No. 3835, Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Copyright 2024 | I-Fix Solutions (M) Sdn Bhd - All rights reserved