Buka Potensi Anda dengan Program Internship untuk pelajar dari bidang Sains Komputer & Teknologi Maklumat.

I Fix Solutions, Kedai PC Seremban yang menjual peralatan IT baharu dan juga refurbished seperti laptop, komputer meja, mesin pencetak dan pelbagai peralatan dan aksesori IT yang lain. Dengan tawaran harga yang berpatutan, tidak hairanlah I Fix Solutions antara premis jualan peralatan IT yang amat dikenali ramai sehingga kini.

Kedai PC Seremban ini menawarkan produk hanya daripada jenama yang terkemuka. Antaranya seperti Hp, Dell, Acer, Asus dan banyak lagi. Ini sekali gus dapat memastikan setiap produk yang dijual dapat di selenggara dengan mudah dengan adanya jaminan barang ganti daripada pihak pembekal yang diperakui.

Ini menjadikan Kedai PC Seremban bukan hanya menjual produk IT terbaik, bahkan ianya juga mampu menyediakan perkhidmatan selepas belian kepada para pelanggan secara berkesan dan berterusan. Pendek kata di I Fix Solutions, anda boleh mendapatkan semua keperluan IT mengikut bajet anda dalam sebuah tempat. 

Kedai PC Seremban ini mempunyai empat kategori produk. Empat kategori produk ini adalah laptop dan komputer meja refurbished, komputer e-sukan baharu atau semi baharu, aksesori dan komponen serta menyediakan perkhidmatan servis dan memperbaiki laptop, komputer meja dan mesin pencetak. 

Apa ada dengan refurbished? Peralatan IT yang telah di baik pulih atau refurbished  tidak boleh dijual sebagai baharu, tetapi dipulihkan untuk berfungsi sebaik produk baharu. Semua produk IT refurbished di Kedai PC Seremban ini dibersihkan dan kualiti diuji oleh kepakaran dalaman yang telah diperakui mengikut standard kualiti, teknikal dan etika tertinggi.

Jadi mengapa anda perlu memilih membeli produk IT refurbished di kedai PC Seremban ini? Pertama-tamanya sekali kelebihan yang akan anda dapat apabila membeli produk IT refurbished daripada kedai PC Seremban, tidak lain dan tidak bukan adalah penjimatan. Pembelian produk IT refurbished dengan jenama yang anda inginkan, bersama hanya sedikit susut nilai pada jangka hayat bateri dan kecacatan kosmetik yang tidak seberapa, harganya jauh lebih murah daripada pembelian barangan baharu di pasaran yang jauh lebih mahal dan membebankan.

Apatah lagi dengan situasi pendemik Covid-19 yang memerlukan semua golongan memiliki laptop dan tablet sebagai contoh; untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Dilaporkan kini, harga laptop dan tablet baharu di pasaran meningkat berkali ganda. Jadi, kategori refurbished bagi barangan-barangan ini adalah penyelamat untuk anda.

Siapa kata membeli barangan IT seperti laptop, tablet dan komputer meja daripada kategori refurbished ini menjadikan capaian teknologi anda juga akan merosot? Pasti tidak sama sekali bagi anda yang celik teknologi. Jadi bagi anda yang mencari komputer dan sebagainya yang murah namun dengan capaian fungsi yang terbaik, kategori refurbished adalah jawapannya. 

Anda boleh meningkatkan kadar RAM komputer anda, memasang HDD yang baharu dan sebagainya. Semua komponen ini anda boleh dapatkan di kedai PC Seremban ini. Dengan refurbished komputer, anda boleh memastikan semua komponen teras komputer anda dapat berfungsi dengan betul. Anda kemudian boleh melabur simpanan anda di bahagian-bahagian baharu untuk membina komputer hebat dengan diskaun yang terbaik.

Jangan salah anggap dengan produk IT refurbished yang dikatakan tiada jaminan selepas pembelian. Di Kedai PC Seremban, produk refurbished mereka disertakan dengan jaminan sehingga setahun untuk pelbagai bahagian komponen. Jadi ia hampir serupa dengan jaminan yang akan anda dapat apabila membeli produk baharu daripada kategori yang sama.  

Bagi anda yang pernah mendengar promosi produk IT seperti komputer yang refurbished akan tetapi tiada jaminan sehingga setahun yang selayaknya anda terima, anda perlu berhati-hati. Produk IT refurbished mempunyai kategorinya yang tersendiri yang pasti disertakan jaminan daripada penjual ataupun pengeluar. Jika anda mendengar promosi produk IT refurbished namun tanpa jaminan, jangan tertipu kerana ia hanyalah produk IT terpakai.

Tidak semua kategori refurbished adalah sama. Dari segi teknikal, mana-mana komputer sebagai contoh yang mempunyai ‘pemeriksaan kesihatan’ dan mempunyai isu-isu tertentu dan telah ‘dirawat’ secara teknikalnya boleh diletakkan dalam kategori refurbished.

Oleh itu, untuk memastikan anda mendapat jenis kualiti refurbished yang terbaik, sentiasa perhatikan komputer yang menerima persijilan yang diperakui. Dengan komputer yang menerima persijilan terbabit, anda tahu bahawa komputer anda telah ‘dilihat’ oleh atau mendapat ‘layanan’ yang diluluskan oleh pengeluar komputer. Ini menambah jaminan tambahan bahawa anda mendapat komputer pada nilai yang luar biasa! 

Bagi pencinta alam sekitar, pasti anda menyedari situasi sebenar dunia kita di mana, tapak pelupusan bahan buangan kini melimpah-ruah dengan peranti elektronik terbuang. Pengeluar-pengeluar produk IT kini sentiasa menghasilkan produk-produk baharu bagi memonopoli pasaran dunia. Sementara  pengguna-pengguna pula sanggup membuang produk-produk IT lama mereka yang masih sempurna baik dan membeli produk-produk baharu dengan alasan untuk mengikuti trend terkini.

Oleh itu, untuk membantu mengurangkan kesan negatif terhadap persekitaran disebabkan kitaran penggunaan ini, membeli produk IT refurbished antara salah satu cara bagi membantu mengurangkan lambakan bahan buangan elektronik di planet ini. Membeli komputer yang refurbished bermakna anda memberikan produk IT tersebut kehidupan ke dua. Anda menjaganya daripada dibuang dan memenuhi tapak pelupusan untuk beberapa tahun lagi. Secara analoginya anda berjaya mengurangkan satu komputer baharu yang perlu dikeluarkan oleh pihak pengilang serta mengurangkan satu komputer lama yang bakal tersadai di tapak pelupusan.

Jadi, lakukan sedikit sumbangan anda untuk memberi kebaikan kepada planet ini. Secara tidak langsung anda berjaya menjimatkan wang pada masa yang sama. Pertimbangkanlah untuk memiliki produk IT refurbished. Anda akan memberikan seribu satu kebaikan kepada pelbagai pihak dan juga kepada diri anda sendiri. 

Sebagai ringkasan, dengan komputer ataupun produk IT lain yang refurbished, anda akan mendapat komputer yang telah diperkemas terus dari kotak yang mana menjimatkan pengeluaran wang dan datang pada kos yang lebih rendah kepada alam sekitar. Dengan kelebihan seperti itu, anda akan mengalami kerugian untuk tidak sekurang-kurangnya mempertimbangkan untuk membeli produk IT refurbished pada masa akan datang.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

Call us: 011-1009 3835
Hotline: 06-6312430

Email us: ifixsolutionmy@gmail.com

Our Shop Address: No. 3835, Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Copyright 2024 | I-Fix Solutions (M) Sdn Bhd - All rights reserved