Laptop I Fix Solutions boleh dibeli di Seremban dan di seluruh Malaysia? Kenapa tidak. Kini segalanya hanya dihujung jari. Di I Fix Solutions, anda hanya perlu pergi ke laman sesawang Ifixsolutions.my. Pilih Laptop Seremban refurbished anda dan terus berhubung dengan I Fix Solutions pada link yang telah diberikan untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Tetapi sudah tentu bukan semua daripada pengguna yang memerlukan penggunaan laptop arif dalam memilih laptop yang sesuai. Jangan risau. di I Fix Solutions, terdapat kakitangan yang bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah pelanggan yang ingin mendapatkan laptop dari Seremban yang bersesuaian dengan penggunaan mereka.  

Di I Fix Solutions anda tidak perlu risau sekiranya belian dilakukan melibatkan penghantaran terus ke rumah anda. Mereka menggunakan perkhidmatan kurier terbaik. Segala penghantaran adalah terjamin selamat dan dilindungi. Jadi jangan bimbang bagi anda yang tidak di Seremban dan kawasan sekitar. Anda juga boleh mendapatkan laptop Seremban di I Fix Solutions tanpa perlu pergi ke premis I Fix Solutions di sana.

Laptop refurbished semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Sejak tercetusnya penularan pandemik Covid-19, penggunaan alatan IT seperti laptop, telefon pintar, tablet dan sebagainya semakin meningkat. Disebabkan permintaan yang meningkat ada segelintir pembekal alatan sebegini yang menaikkan harga sesuka hati. Jadi pengguna terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membeli peralatan terbabit.

Ia mungkin bukanlah masalah bagi golongan T20 dan kebanyakan M40. Namun bagi golongan B40, ianya cukup memberikan kesan memandangkan pada ketika ini banyak industri pelbagai peringkat samada kecil, sederhana mahupun besar amat terkesan dengan kewujudan pandemik ini sehingga terpaksa menghentikan operasi mereka. Jadi ramai yang mungkin menghadapi situasi diberhentikan kerja. Namun bagaimana pula dengan pembelajaran persekolahan anak-anak secara dalam talian dalam suasana pandemik ini? 

Pada waktu inilah kedai laptop Seremban ini menjadi salah satu penyelesaian kepada permasalahan ini, terutamanya pada mereka yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Apa tidaknya, lebih daripada satu peranti akan digunakan dalam satu-satu masa bagi menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ataupun PdPR. 

Refurbished laptop menjadi salah satu penyelesaian kepada mereka disebabkan harganya yang jauh lebih murah berbanding harga laptop baharu di pasaran. Namun, tahukah anda,  mana datangnya refurbished laptop ini sehingga mampu mencapai harga yang jauh lebih murah berbanding laptop baharu di pasaran?

Refurbished laptop datang dari beberapa sumber yang berbeza, termasuklah perniagaan yang melakukan trade-in laptop lama mereka, dan pengguna yang mengembalikan semula laptop kepada pembekal sama ada kerana mereka memutuskan untuk tidak mahu menggunakan sistem yang ada disebabkan tidak bersesuaian untuk menampung cara kerja mereka atau kerana terdapat kecacatan yang serius.

Jadi seberapa jauh laptop refurbished ini boleh diharapkan? Beberapa pakar dalam bidang ini memberikan pelbagai pendapat. Ada yang mengatakan penggunaan laptop refurbished bagi sesebuah perniagaan atau syarikat yang bergantung kepada perisian tertentu yang canggih mungkin agak tidak bersesuaian. Namun bagi pengguna yang hanya menggunakannya secara asas seperti apa yang diperlukan oleh kebanyakan masyarakat awam di Malaysia, refurbished laptop merupakan salah satu cara terbaik untuk survival anda. 

Pakar juga menambah, pemilihan laptop refurbished dengan mendapatkan refurbished laptop daripada jenama-jenama terbaik adalah perlu. Ini kerana pengeluar itu sendiri akan memastikan syarikat yang menjalankan proses refurbished atau pemulihan peralatan teknologi keluaran mereka adalah pada tahap yang terbaik. Jadi pastikan pembelian laptop refurbished anda adalah daripada sumber terbaik dan diperakui seperti pembelian laptop dari Seremban di I Fix Solutions.  

Syarikat yang diperakui dalam proses refurbished laptop akan melakukan proses sanitasi, menyusun dan melakukan penggredan setiap unit laptop dari segi rupa fizikal dan fungsi. Mereka akan meleraikan setiap unit laptop, mengenal pasti setiap kerosakan pada komponen, tahap fungsi bateri, kualiti skrin, bekalan kuasa, sambungan yang longgar, cakera keras dan optical drive. Sekiranya tiada proses seperti ini dijalankan, maka laptop itu bukanlah refurbished laptop namun hanyalah laptop terpakai. 

Komponen yang hilang atau rosak seperti RAM, kad grafik, kapasitor, IC dan cakera keras akan diganti dan laptop akan mengalami proses pemadaman keseluruhan data secara lengkap. Ia kemudiannya akan diuji, diperbaiki kecacatan kosmetiknya serta dipasang dengan sistem operasi yang baharu sebelum dipek dan akhirnya mendapat tuan yang baharu.

Selepas pemeriksaan, pembersihan dan pembaikan serta pemulihan, laptop terpakai atau yang dikembalikan kepada pembekal tadi dikembalikan semula menjadi sama seperti standard tetapan kilang. Unit ini akan disahkan berada dalam tetapan yang terbaik dan kemudiannya dikembalikan kepada peruncit atau penjual untuk dijual kepada pelanggan akhir dalam kategori harga yang lebih rendah. 

Jika boleh, dapatkan satu tahun jaminan daripada penjual dalam pembelian. Satu tahun jaminan adalah standard yang diperakui kini, namun ia tidak secara menyeluruh dan biasanya jaminan tidak meliputi jangka hayat bateri. Jadi teliti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. 

Juga pastikan anda memilih penjual dengan polisi 14-hari pemulangan semula wang yang membolehkan anda mencapai keserasian yang optimum dengan laptop refurbished baharu anda ataupun sebaliknya. Namun dalam situasi ini anda haruslah berwaspada kerana terdapat juga penjual yang mempunyai polisi ini tetapi turut menyertakan bayaran simpanan semula ataupun restocking fee.  

Pastikan anda memeriksa laptop refurbished baharu anda dengan segera seusai menerimanya. Pastikan setiap kekurangan kosmetik yang dinyatakan dan dipersetujui bersesuaian dengan jangkaan anda. Papan kekunci perlulah terlihat baharu. Skrin juga perlulah jelas dan terang. Sebarang kekurangan di luar jangkaan pasti akan membunuh kegembiraan anda.

Selain itu, standard kosmetik bagi laptop refrubished adalah berbeza di antara satu produk dengan satu produk yang lain. Penjual selalunya akan memberitahu segala butiran kecacatan kosmetik yang ada pada fizikal laptop refurbished yang dijual pada keterangan laptop yang diiklankan. 

Namun, pastikan anda sentiasa prihatin dengan kekurangan dan kelemahan yang pada dasarnya tidak patut ada pada satu-satu model laptop refurbished yang dijual. Perincian seperti piksel mati pada skrin, cakera keras yang berbunyi bising, ensel laptop longgar atau terlalu ketat serta tanda-tanda jelas umpama selepas penggunaan seharusnya tidak wujud pada fizikal refurbished laptop di pasaran. 

Apa pun, di I Fix Solutions, jualan sentiasa dipastikan mencapai piawai atau standard yang telah ditetapkan. Polisi menang-menang sentiasa diamalkan bagi menjamin kepuasan para pelanggan. Ini seterusnya dapat menjamin kelangsungan perniagaan sekali gus sentiasa mampu membekal laptop, peralatan serta peranti yang lain pada kualiti yang terjamin dan melampaui kepuasan pengguna. 

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share

Call us: 011-1009 3835
Hotline: 06-6312430

Email us: ifixsolutionmy@gmail.com

Our Shop Address: No. 3835, Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Copyright 2024 | I-Fix Solutions (M) Sdn Bhd - All rights reserved